Tuesday, 14 February 2012

Aktiviti : Berselawat kepada Nabi Muhammad





Marilah kita semua memperbanyakkan selawat kepada Muhamaad semperna Maulidur Rasul

AKTIVITI 2 : Unit Pendidikan Islam MRSM Alor Gajah

Majlis Maulidur Rasul telah dijalankan di MRSM Alor Gajah.Terima kasih diucapkan kepada pelajar-pelajar yang memberi kerjasama ketika berlangsungnya majlis tersebut.


Pengumuman 5

Bagi pelajar tingkatan 3: Sila berjumpa dengan Ustazah Nadzirah Mohd Zain untuk tasmiq ayat hafazan




Pengumuman 4

Kelas tahsin Al-quran bagi pelajar perempuan akan diadakan setiap hari Jumaat di kelas 3 Btec


Pengumuman 3


Perhatian: Kepada semua pelajar sila berkumpul didalam surau an-nur jam 12.30 setiap hari Jumaat.Tazkirah Jumaat Akan disampaikan oleh guru-guru yang bertugas.Harap Maklum.Terima Kasih


Marilah sama-sama kita mendekat diri kepada Allah dan menjauhi laranganNya

Pengumuman 2


Pelajar-pelajar diminta berkumpul di hadapan Surau an-Nur

AKTIVITI 1 : Unit Pendidikan Islam MRSM Alor Gajah


Jom Solat Jemaah di Surau al-Nur



Kelas Tahsin Al-Quran

Pengumuman 1

Pelajar-pelajar diminta untuk menjawab latihan yang diberikan


SELAMAT MENJAWAB :)

Monday, 13 February 2012

Latihan

1      Jelaskan tiga akibat individu yang mengabaikan ilmu pengetahuan
2      Ilmu terbahagi kpd ilmu fardu ain & ilmu fardu kifayah, jelaskan serta berikan contoh.
3     Nyatakan dua ciri pelajar yang mencintai ilmu pengetahuan.

Sunday, 12 February 2012

Nota 3: Pendidikan Islam Tingkatan 2

HADIS PELAJARAN 10:
SEDEKAH PEMANGKIN KESEJAHTERAAN


Daripada Abu Hurairah R.A, beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda : Setiap sendi di tubuh badan manusia menjadi sedekah untuknya pada setiap hari matahari terbit. Kamu melakukan keadilan ke atas dua pihak ( yang berselisih faham ) adalah sedekah. Kamu membantu orang menaiki kenderaan atau kamu mengangkat barang-barang untuknya ke dalam kenderaan adalah sedekah, setiap langkah kamu berjalan untuk menunaikan solat adalah sedekah dan kamu membuang perkara-perkara yang menyakiti di jalan adalah sedekah.

KONSEP SEDEKAH

          memberi sesuatu yang bernilai kepada orang yang memerlukan.
          Tidak terhad pada kebendaan (harta/ wang ringgit)
          merangkumi amalan yang bermanfaat kepada individu, masyarakat dan negara.

 CONTOH  AMALAN SEDEKAH

1-MELAKUKAN KEADILAN ANTARA DUA ORANG.
          mendamaikan sahabat yang bergaduh

2-PERRKATAAN YANG BAIK
          memberi nasihat, berzikir atau mengucapkan salam.

3-BERJALAN KAKI MENUNAIKAN SOLAT
          berjalan kaki ke masjid untuk solat berjemaah.

4-MEMBUANG BENDA MENYAKITKAN DI JALAN
          membuang duri dan ranting kayu yang menghalang perjalanan

5-MEMBANTU MENGANGKAT BARANG/MENAIKI KENDERAAN.
          memberi tempat duduk kepada orang tua, buta, hamil dan sakit.

AMALAN LAIN YANG DIKIRA SEDEKAH

          Taat kepada ibubapa
          Membantu rakan dalam pelajaran
          Bercakap dengan sopan santun



Nota 2: Pendidikan Islam Tingkatan Dua

HADIS PELAJARAN 10: SEDEKAH PEMANGKIN KESEJAHTERAAN 


 Daripada Abu Hurairah R.A, beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda : Setiap sendi di tubuh badan manusia menjadi sedekah untuknya pada setiap hari matahari terbit. Kamu melakukan keadilan ke atas dua pihak ( yang berselisih faham ) adalah sedekah. Kamu membantu orang menaiki kenderaan atau kamu mengangkat barang-barang untuknya ke dalam kenderaan adalah sedekah, setiap langkah kamu berjalan untuk menunaikan solat adalah sedekah dan kamu membuang perkara-perkara yang menyakiti di jalan adalah sedekah. 

KONSEP SEDEKAH 

memberi sesuatu yang bernilai kepada orang yang memerlukan.
• Tidak terhad pada kebendaan (harta/ wang ringgit)
• merangkumi amalan yang bermanfaat kepada individu, masyarakat dan negara


. CONTOH AMALAN SEDEKAH 


1-MELAKUKAN KEADILAN ANTARA DUA ORANG.
• mendamaikan sahabat yang bergaduh


 2-PERRKATAAN YANG BAIK
• memberi nasihat, berzikir atau mengucapkan salam.


3-BERJALAN KAKI MENUNAIKAN SOLAT
• berjalan kaki ke masjid untuk solat berjemaah.


4-MEMBUANG BENDA MENYAKITKAN DI JALAN
 • membuang duri dan ranting kayu yang menghalang perjalanan


5-MEMBANTU MENGANGKAT BARANG/MENAIKI KENDERAAN.
 • memberi tempat duduk kepada orang tua, buta, hamil dan sakit.


 AMALAN LAIN YANG DIKIRA SEDEKAH 
• Taat kepada ibubapa
 • Membantu rakan dalam pelajaran
 • Bercakap dengan sopan santun
                                               
                                Nikmat dan musibah ujian kehidupan

Soalan Latihan

Berdasarkan tajuk Nikmat dan Musibah ujian kehidupan dan video 


1.  Apakah yang dimaksudkan dengan nikmat dan musibah?
2.  Nyatakan adab-adab ketika menerima nikmat?
3.  Sebutkan adab-adab ketika menerima musibah?
4.  Nyatakan pengajaran yang boleh diambil daripada video tersebut?

Nota 1 : Pendidikan Islam Tingkatan satu (Ayat kefahaman)

BAB 26: NIKMAT DAN MUSIBAH UJIAN KEHIDUPAN
PENGERTIAN
NIKMAT :
          Semua bentuk kesenangan,keperluan dan keselesaan yang diterima seseorang
          Contoh:kesihatan, makanan, tempat tinggal, dan keamanan
MUSIBAH:
          Semua bentuk kesusahan, halangan dan kesulitan yang dihadapi seseorang
          Contoh:kesakitan, kematian, dan kelaparan
          Kedua-duannya ujian daripada ALLAH SWT untuk menguji keimanan hambaNya
          MUKMIN BERJAYA: mukmin yang bersyukur dan bersabar
(Surah al-Mulk: 2)
Maksudnya: Dialah (Tuhan) yang mencipta kematian dan kehidupan untuk menguji kamu, siapakah di antara kamu yang paling baik amalannya? Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun
ADAB MENERIMA NIKMAT ALLAH SWT
1.BERSYUKUR
CARA BERSYUKUR KEPADA ALLAH
1.Hati
    Menyakini bahawa nikmat yang diterima adalah kurnian ALLAH SWT dan akan disoal pada hari akhirat
2.Lisan
     Memuji ALLAH SWT dengan menyebut ‘Alhamdulilallah’ dan mengerjakan sujud syukur
3.Amali
    Menggunakan nikmat ALLAH dengan cara yang terbaik dan bermanfaat
ADAB KETIKA DITIMPA MUSIBAH
          Hendaklah sentiasa bersabar dan redha
          Yakin dengan Qada’ & Qadar
          Berdoa
          Berusaha menyelesaikannya
          Bertawakal pada Allah

Coretan Sulung



Assalamualaikum wbt
      Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberi ruang dan kesempatan untuk menulis sedikit coretan ilmu berkaitan dengan dunia pendidikan Islam.InsyaAllah di dalam blog ini saya akan memuatkan ilmu pendidikan peringkat sekolah menengah,ilmu-ilmu sampingan serta ilmu berguna untuk kita semua. Moga dengan perkongsian ilmu ini dapat mendekatkan diri kita kepada pencipta kita.InsyaAllah amen ya Rabbal Alamin.

    Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada bonda saya,ahli keluarga saya,guru-guru,pensyarah ukm,upsi,sahabat-sahabat yang dikasihi Allah ,pelajar-pelajar serta siapa sahaja yang mengenali diri ini. Dan al-fatihah buat ayahanda tercinta semoga ayahanda dilimpahi rahmat dan ditempatkan bersama orang soleh.Amen.. Disini saya selitkan gambar ayanda dan bonda yang sangat saya sayangi yang banyak berjasa kepada saya..terima kasih ayah dan mak :)

Gambar Ayahanda tercinta : berbaju putih


Gambar Bonda tercinta :bertudung coklat dan bercermin mata