Marilah kita semua memperbanyakkan selawat kepada Muhamaad semperna Maulidur Rasul
Tuesday, 14 February 2012
AKTIVITI 2 : Unit Pendidikan Islam MRSM Alor Gajah
Majlis Maulidur Rasul telah dijalankan di MRSM Alor Gajah.Terima kasih diucapkan kepada pelajar-pelajar yang memberi kerjasama ketika berlangsungnya majlis tersebut.
Pengumuman 3
Perhatian: Kepada semua pelajar sila berkumpul didalam surau an-nur jam 12.30 setiap hari Jumaat.Tazkirah Jumaat Akan disampaikan oleh guru-guru yang bertugas.Harap Maklum.Terima Kasih
Marilah sama-sama kita mendekat diri kepada Allah dan menjauhi laranganNya
Monday, 13 February 2012
Latihan
1 Jelaskan tiga akibat individu yang mengabaikan ilmu pengetahuan
2 Ilmu terbahagi kpd ilmu fardu ain & ilmu fardu kifayah, jelaskan serta berikan contoh.
3 Nyatakan dua ciri pelajar yang mencintai ilmu pengetahuan.
Sunday, 12 February 2012
Nota 3: Pendidikan Islam Tingkatan 2
HADIS PELAJARAN 10:
SEDEKAH PEMANGKIN KESEJAHTERAAN
Daripada Abu Hurairah R.A, beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda : Setiap sendi di tubuh badan manusia menjadi sedekah untuknya pada setiap hari matahari terbit. Kamu melakukan keadilan ke atas dua pihak ( yang berselisih faham ) adalah sedekah. Kamu membantu orang menaiki kenderaan atau kamu mengangkat barang-barang untuknya ke dalam kenderaan adalah sedekah, setiap langkah kamu berjalan untuk menunaikan solat adalah sedekah dan kamu membuang perkara-perkara yang menyakiti di jalan adalah sedekah.
KONSEP SEDEKAH
• memberi sesuatu yang bernilai kepada orang yang memerlukan.
• Tidak terhad pada kebendaan (harta/ wang ringgit)
• merangkumi amalan yang bermanfaat kepada individu, masyarakat dan negara.
CONTOH AMALAN SEDEKAH
1-MELAKUKAN KEADILAN ANTARA DUA ORANG.
• mendamaikan sahabat yang bergaduh
2-PERRKATAAN YANG BAIK
• memberi nasihat, berzikir atau mengucapkan salam.
3-BERJALAN KAKI MENUNAIKAN SOLAT
• berjalan kaki ke masjid untuk solat berjemaah.
4-MEMBUANG BENDA MENYAKITKAN DI JALAN
• membuang duri dan ranting kayu yang menghalang perjalanan
5-MEMBANTU MENGANGKAT BARANG/MENAIKI KENDERAAN.
• memberi tempat duduk kepada orang tua, buta, hamil dan sakit.
AMALAN LAIN YANG DIKIRA SEDEKAH
• Taat kepada ibubapa
• Membantu rakan dalam pelajaran
• Bercakap dengan sopan santun
Nota 2: Pendidikan Islam Tingkatan Dua
HADIS PELAJARAN 10: SEDEKAH PEMANGKIN KESEJAHTERAAN
KONSEP SEDEKAH
• memberi sesuatu yang bernilai kepada orang yang memerlukan.
• Tidak terhad pada kebendaan (harta/ wang ringgit)
• merangkumi amalan yang bermanfaat kepada individu, masyarakat dan negara
. CONTOH AMALAN SEDEKAH
1-MELAKUKAN KEADILAN ANTARA DUA ORANG.
• mendamaikan sahabat yang bergaduh
2-PERRKATAAN YANG BAIK
• memberi nasihat, berzikir atau mengucapkan salam.
3-BERJALAN KAKI MENUNAIKAN SOLAT
• berjalan kaki ke masjid untuk solat berjemaah.
4-MEMBUANG BENDA MENYAKITKAN DI JALAN
• membuang duri dan ranting kayu yang menghalang perjalanan
5-MEMBANTU MENGANGKAT BARANG/MENAIKI KENDERAAN.
• memberi tempat duduk kepada orang tua, buta, hamil dan sakit.
AMALAN LAIN YANG DIKIRA SEDEKAH
• Taat kepada ibubapa
• Membantu rakan dalam pelajaran
• Bercakap dengan sopan santun
Daripada Abu Hurairah R.A, beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda : Setiap sendi di tubuh badan manusia menjadi sedekah untuknya pada setiap hari matahari terbit. Kamu melakukan keadilan ke atas dua pihak ( yang berselisih faham ) adalah sedekah. Kamu membantu orang menaiki kenderaan atau kamu mengangkat barang-barang untuknya ke dalam kenderaan adalah sedekah, setiap langkah kamu berjalan untuk menunaikan solat adalah sedekah dan kamu membuang perkara-perkara yang menyakiti di jalan adalah sedekah.
KONSEP SEDEKAH
• memberi sesuatu yang bernilai kepada orang yang memerlukan.
• Tidak terhad pada kebendaan (harta/ wang ringgit)
• merangkumi amalan yang bermanfaat kepada individu, masyarakat dan negara
. CONTOH AMALAN SEDEKAH
1-MELAKUKAN KEADILAN ANTARA DUA ORANG.
• mendamaikan sahabat yang bergaduh
2-PERRKATAAN YANG BAIK
• memberi nasihat, berzikir atau mengucapkan salam.
3-BERJALAN KAKI MENUNAIKAN SOLAT
• berjalan kaki ke masjid untuk solat berjemaah.
4-MEMBUANG BENDA MENYAKITKAN DI JALAN
• membuang duri dan ranting kayu yang menghalang perjalanan
5-MEMBANTU MENGANGKAT BARANG/MENAIKI KENDERAAN.
• memberi tempat duduk kepada orang tua, buta, hamil dan sakit.
AMALAN LAIN YANG DIKIRA SEDEKAH
• Taat kepada ibubapa
• Membantu rakan dalam pelajaran
• Bercakap dengan sopan santun
Soalan Latihan
Berdasarkan tajuk Nikmat dan Musibah ujian kehidupan dan video
1. Apakah
yang dimaksudkan dengan nikmat dan musibah?
2. Nyatakan
adab-adab ketika menerima nikmat?
3. Sebutkan
adab-adab ketika menerima musibah?
4. Nyatakan
pengajaran yang boleh diambil daripada video tersebut?
Nota 1 : Pendidikan Islam Tingkatan satu (Ayat kefahaman)
BAB 26: NIKMAT DAN MUSIBAH UJIAN KEHIDUPAN
PENGERTIAN
NIKMAT :
• Semua bentuk kesenangan,keperluan dan keselesaan yang diterima seseorang
• Contoh:kesihatan, makanan, tempat tinggal, dan keamanan
MUSIBAH:
• Semua bentuk kesusahan, halangan dan kesulitan yang dihadapi seseorang
• Contoh:kesakitan, kematian, dan kelaparan
• Kedua-duannya ujian daripada ALLAH SWT untuk menguji keimanan hambaNya
• MUKMIN BERJAYA: mukmin yang bersyukur dan bersabar
(Surah al-Mulk: 2)
Maksudnya: Dialah (Tuhan) yang mencipta kematian dan kehidupan untuk menguji kamu, siapakah di antara kamu yang paling baik amalannya? Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun
ADAB MENERIMA NIKMAT ALLAH SWT
1.BERSYUKUR
CARA BERSYUKUR KEPADA ALLAH
1.Hati
Menyakini bahawa nikmat yang diterima adalah kurnian ALLAH SWT dan akan disoal pada hari akhirat
2.Lisan
Memuji ALLAH SWT dengan menyebut ‘Alhamdulilallah’ dan mengerjakan sujud syukur
3.Amali
Menggunakan nikmat ALLAH dengan cara yang terbaik dan bermanfaat
ADAB KETIKA DITIMPA MUSIBAH
• Hendaklah sentiasa bersabar dan redha
• Yakin dengan Qada’ & Qadar
• Berdoa
• Berusaha menyelesaikannya
• Bertawakal pada Allah
Coretan Sulung
Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberi ruang dan kesempatan untuk menulis sedikit coretan ilmu berkaitan dengan dunia pendidikan Islam.InsyaAllah di dalam blog ini saya akan memuatkan ilmu pendidikan peringkat sekolah menengah,ilmu-ilmu sampingan serta ilmu berguna untuk kita semua. Moga dengan perkongsian ilmu ini dapat mendekatkan diri kita kepada pencipta kita.InsyaAllah amen ya Rabbal Alamin.
Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada bonda saya,ahli keluarga saya,guru-guru,pensyarah ukm,upsi,sahabat-sahabat yang dikasihi Allah ,pelajar-pelajar serta siapa sahaja yang mengenali diri ini. Dan al-fatihah buat ayahanda tercinta semoga ayahanda dilimpahi rahmat dan ditempatkan bersama orang soleh.Amen.. Disini saya selitkan gambar ayanda dan bonda yang sangat saya sayangi yang banyak berjasa kepada saya..terima kasih ayah dan mak :)
Gambar Ayahanda tercinta : berbaju putih
Gambar Bonda tercinta :bertudung coklat dan bercermin mata
Subscribe to:
Posts (Atom)










