BAB 26: NIKMAT DAN MUSIBAH UJIAN KEHIDUPAN
PENGERTIAN
NIKMAT :
• Semua bentuk kesenangan,keperluan dan keselesaan yang diterima seseorang
• Contoh:kesihatan, makanan, tempat tinggal, dan keamanan
MUSIBAH:
• Semua bentuk kesusahan, halangan dan kesulitan yang dihadapi seseorang
• Contoh:kesakitan, kematian, dan kelaparan
• Kedua-duannya ujian daripada ALLAH SWT untuk menguji keimanan hambaNya
• MUKMIN BERJAYA: mukmin yang bersyukur dan bersabar
(Surah al-Mulk: 2)
Maksudnya: Dialah (Tuhan) yang mencipta kematian dan kehidupan untuk menguji kamu, siapakah di antara kamu yang paling baik amalannya? Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun
ADAB MENERIMA NIKMAT ALLAH SWT
1.BERSYUKUR
CARA BERSYUKUR KEPADA ALLAH
1.Hati
Menyakini bahawa nikmat yang diterima adalah kurnian ALLAH SWT dan akan disoal pada hari akhirat
2.Lisan
Memuji ALLAH SWT dengan menyebut ‘Alhamdulilallah’ dan mengerjakan sujud syukur
3.Amali
Menggunakan nikmat ALLAH dengan cara yang terbaik dan bermanfaat
ADAB KETIKA DITIMPA MUSIBAH
• Hendaklah sentiasa bersabar dan redha
• Yakin dengan Qada’ & Qadar
• Berdoa
• Berusaha menyelesaikannya
• Bertawakal pada Allah
No comments:
Post a Comment